PhD: The reality

Bila sesiapa ja jumpa aku, soalan yang paling kerap ditanya adalah, “so, macamana PhD kau sekarang?”

Some people label aku sebagai bijak pandai sebab “oh. Jana sambung PhD.”

Some people nampak aku macam sengsara sebab “oh, Jana kan tengah buat PhD.”

PhD atau nama panjang dia, Doctor of Philosophy. Ramai juga yang gelar “Permanent Head Damage”. Katanya bila kau buat phd, rambut kau akan botak, kepala kau jadi tak betul.

So, PhD ni memang susah ke?

PhD ni benda ghaib. Bak kata kawan aku (dia dah Berjaya habiskan phd). Kau tak tahu apa jadi sepanjang study kau.

Kau dapat idea harini. The moment kau nak start idea kau, kau jadi blur. Nak buat macamana ea?

Kau dapat jalan untuk solvekan problem kau. On the way, results kau semua bercanggang dengan idea asal kau. Jalan dah separuh ni. Patah balik mula.

Kau jumpa research gap setelah berbulan bulan membaca dan analisis. Esoknya, kau jumpa orang dah publish idea kau.

Bagi aku, PhD ni macam roller coaster.

Sometimes, it gets you the thrill.

Sometimes, it just meh.

Sometimes, you don’t even want to ride it.

So, bijak ke buat PhD ni?

Tanyalah sesiapa yang dah siap PhD atau tengah buat. Jawapan dia, tak. Malah kami sentiasa rasa bodoh yang amat. Every single day. Hahaha.

Anyway, saya just student. Baru nak habis setahun je pun. Hahahaha.

I just wanna share the reality.

PhD is not easy at all. It involves lots of tears.

But you know, this is life.

It doesn’t get easier, it just you. You become stronger.

So, whatever you do right now, good luck!

Semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang kita buat.

Moga tulisan kali ini bermanfaat.

Byeee~

Teringat memori waktu buat master research. macam hell jugak. hahahahaha. kbye!

PhD: antara cita-cita dan realiti

Ingat lagi waktu bagitahu dekat boss yang aku nak berhenti dan sambung belajar, dia terkejut. Like really really terkejut. Ayat dia, “Rozana, serius ke nak berhenti?” Dan aku angguk, yakin.

Bukan boss ja, even kawan-kawan (kawan yang tak berapa kenal aku) mostly mereka akan pelik. Why? Dah 3tahun jadi engineer, kenapa berhenti sekarang? 3tahun. Masa yang panjang tu. Kenapa panjang? Sebab mostly, orang yang berniat nak sambung belajar tapi pergi kerja dulu, akan stay setahun, 2tahun maybe paling lama. Kalau tak pun, akan sambung part time. Belajar sambil kerja. So dapat dua dua. Well, boss ada suggest juga untuk sambung part time. Dia kata dia yakin aku boleh buat. Emmm tapi ya, aku berkeras tak nak. Hahaha

Okay, banyak soalan yang perlu dijawab untuk ini.

Jom, kita patah balik beberapa tahun sebelum ni. 7hb 8 2017, aku diterima masuk ke sebuah kilang elektronik di JB, sebagai QA engineer. Waktu tu aku tengah struggle siapkan tesis master aku. Belum grad lagi ya. Aku siap tesis dalam akhir tahun 2017. So basically, memang aku pagi pergi kerja, malam bersengkang mata siapkan tesis sampai pukul 3pagi. Macam zombi. Tu orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Honestly, aku memang plan, lepas master nak terus ambil phd. Nak jadi pensyarah. Tapi waktu tu duit tak ada, biasiswa tak dapat. Nak sambung macamana? So, antara cita-cita dan realiti, aku pun mula buka Jobstreet dan mohon jadi engineer.

Okay, kerja dekat kilang bukan benda yang senang. Tanyalah mana-mana engineer. Kerja kilang macam hell. Dimaki, dimarah tu benda biasa. Office hour habis pukul6pm, pukul 5.59 tu tiba tiba ada isu besar yang menyebabkan kau kena stay back dan settlekan issue. Waktu aku masuk tu, turn out rate (kadar orang berhenti) memang tinggi. Orang keluar masuk, tak tahan.

Tapi, amazingly, aku berjaya survived 3tahun! 3 freaking years at the same company! Hahahaha. To be honest, mostly sebab working enviroment, boss aku sangat supportive, kawan kawan kilang yang best gila. Kalau ada issue tu, masing masing akan bagi kerjasama yang sepenuhnya sampai lah issue selesai.

Sebab tu orang curious, kenapa berhenti? Kalau berhenti dan lompat ke kilang lain, yaa orang faham. Tapi berhenti terus dan sambung belajar? Orang boleh kata, career kau sebagai engineer dah start to grow in a very good way, tapi kau stop. Tak ke membazir ka all the skills?

Jawapannya, tak. Tidak sama sekali. Cita-cita aku sejak asasi lagi, nak jadi lecturer. Bayangan aku, aku nak jadi lecturer yang boleh bercerita the BEST and the WORST thing about engineering. Aku akan cerita how AMAZING and how STRESSFUL it is bila dapat jadi engineer. Semua tu aku boleh cerita pada masa akan datang sebab aku dah ada pengalaman berharga sepanjang 3tahun tu. InshaAllah.

So, obviously, aku sambung phd sebab memang aku nak jadi lecturer. Kenapa aku masih nekad? padahal dah ada kerja, ada income..? Sebab itu passion aku, aku suka mengajar. Dia macam satu nikmat. Bila kau mengajar dan orang tu faham, Allah. Perasaan tu. Susah nak gambar dengan kata-kata.

Ada orang juga tanya, kenapa tak jadi cikgu ja? Oh, sebab aku juga suka research. Dan memang suka belajar. so, selagi boleh sambung. Kita sambung. Sampai maximum. inshaAllah.

Lagi satu, aku tak pernah rasa ada timeline yang tetap untuk kita sambung belajar. tak kesah lah phd ke, master or even degree sekali pun. Tak semestinya kau tak lalu jalan yang sama dengan orang lain. Tak bermaksud kau tak boleh capai cita-cita kau. Kita merancang, tapi yakin yang Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Berserah (lately ni banyak belajar pasal berserah dan redha ni).

Aku bercakap ni macam dah habis phd. Padahal aku baru semester 2 tahun pertama. Hahaha. Kenapa aku taip dan publish semua ini? Honestly, I need some kind of motivation to stay on track (biasalah. Life. takda benda yang makin senang, semua benda makin susah dan menguji iman kita).

People said, bila dah start nak give up, remember why you started? So, here’s why. Semua ni lah. Decided to write it down and share to all of you. Moga bermanfaat dan boleh buat kita semua kembali semangat dengan apa jua yg kita lakukan. Yup, kita boleh! Life is short. Stand up and make your dreams come true.

Morning Motivation | When You Want to Give Up Remember Why You Started |  Remember why you started, Remember, Perfection quotes

Anyway, kita tunggu 2 tahun lagi. Tengok apa jadi dengan aku. Weh, scary! Hahahaha. Moga dipermudahkan.

Train To Hatyai

Okay, saja nak share pasal train trips round 1 malaysia (lebih kurang) kitorang 3tahun lepas 22 Dec 18 ~ 31 Dec 18 (lamaa gilaa simpan cerita ni hahaha, bajet2 new year celebration lah time tu, haha). Tahun 2018, sebelum Covid’19, waktu semua orang boleh bersesak, pergi kemana saja tanpa rasa nervous atau takut.

JB >> Ipoh >> Butterworth >> Padang besar >> Hatyai >> Sg Kolok >> Wakaf bahru >> JB

Yang join trip ni, total 5orang. Time ni masing masing single belaka dan bekerja semuanya. Like, I am free, I can go anywhere I want. hahahaha. Sekarang, ada yang dah selamat berkahwin, bertunang, gituu. No further comment. hahaha.

Okaylah. Nak kabo yang total trip kitorang selama 8hari. Em, total bajet: RM1067 seorang (lebih kurang)

Image

So, kitorang start naik train dari Kempas >> Gemas (transit) >> Ipoh

Harga tiket train Kempas >> Gemas: RM21

Tiket train Gemas >> Ipoh: RM59

Di Malaysia, train adalah public transport yangg paling punctual. Kau lambat seminit, kau tinggal. Dan train selesa. Serius.

Image

Sampai Ipoh pukul 8.15pm. Aiman terus pegi kaunter tiket utk beli tiket Ipoh ke butterworth. Malangnya.. tiket habis…..Katanya sebab weekend mmg selalu sold out 😦

Jadi Aiman buat plan B, iaitu naik bas. Harga tiket bas: RM20 Memang jauh lg murah. Kalau tiket train: RM42

Okay, takpa. Kami redha. Pergi makan dan check in homestay di Gopeng. Good view Homestay: RM200/malam Awal pagi, kami gerak p Radak Adventure oficce untuk aktiviti water rafting.

Water rafting: RM150 sorang (termasuk makanan dan semua fasiliti di kem)

Image

Habis water rafting dalam pukul1pm, solat, makan, mandi dekat kem tu then terus gerak ke Gaharu Tea Valley. Oh ya, kami rent car sehari, Viva: RM100 Tiket utk pusing pusing Ladang Gaharu: RM10 seorang Duration: 45minit Best untuk just chilling sambil tengok view.

Image

Pukul6.30pm naik bas, sampai butterworth dalam pukul8pm++ (tak ingat). Terus berlari ke jeti utk naik feri. Sebnarnya boleh ja naik bas turun dekat sg nibong(di pulau). Tapi saja. Nak naik feri juga. Hahaha

Tiket feri: RM6/orang (pegi balik) *Tiada gambar atas feri sebab penat*

Sampai butterworth, kami naik Grab ke hotel.

Hotel malabar Inn: RM70/mlm/org (lebih kurang)

Kami stay penang 3malam. Actually harga hotel ni kami dapat murah, sebab Fatin order guna airbnb, ada diskaun lagi. Total bajet hotel kami spjang trip: RM309 seorang (lepas diskaun)

Sampai ja, kami terus jalan kaki ke padang kota lama. Ambil angin pulau, malam2. Lalu pub2 tepi jalan (seram). Hotel kami mmg tengah2 bandar, area transfer road, jadi kemana mana boleh jalan kaki. No hal lah. Plus, bangunan penang kan mmg cantikk dan style..

Image

So, maklamat di penang utk 3hari 3malam:

1. Beratuq makan dan repeat (well, penang dan beratur berpisah tiada, duluuu lahhh)

  • nasi kandar Deen Maju
  • cendol viral
  • nasi kandar beratur
  • nasi kandar hameediyah
  • nasi millani kapitan
  • pasemboq
  • kuih serabai

Banyaaak lagi, tapi tak laratt nak beratur haha. Oh waktu di Penang, kami lepak dengan kawan kawan lain juga. Aris, Hariz dan Safwan. dan Jazlyn (tapi tiada dalam gambar).

Image

2. Naik bukit bendera. Waktu serius nightmare weh. cuti sekolah. krismas. semua manusia wujud,. dahsyat betul sesak dia. huhuhu. Kami dah beli tiket online. RM10 seorang. Tapi still kena baris utk redeem.

Tunggu utk masuk, 2jam.

Masuk & baris nak naik cable car, 45min.

Dlm cable car, 45min.

Sampai atas ja, tengok org beratur nak turun. Perh perh perh. Serius rasa nak bermalam ja dekat atas tu. sumpah ramai! Tapi xpa, kami rileks, ambil2 gambar. Makan smpai pukul7pm. Tiba2 hujan lebat selebat2nya. Dan blackout. Semua pun berpusu2 nak turun. Orang gaduh sana sini. mampus.

Dan akhirnya, kami decide utk tambah RM20, upgrade tiket jadi fast lane. Sejam kemudian kami berjaya turun. Kemudian balik hotel naik bas rapid. Tak ambil gambar banyak dekat atas, sebab tension. hahaha

Image

3. Ambil gambar/ tengok view di Kek Lok Si Kami naik grab dari bandar ke kek lok si.

Harga tiket incline cable car (untuk naik sampai puncak): RM2/ sorang

Semua tenang dan gembira sampailah nak balik.. grab susah nak dapat kat atas. last2 kami jalan kaki turun.

Image

4. Target nak p semua muzium yang ada. Tapi last2 dapat pegi rumah P Ramlee.

Muzium: free entry

Image

Then, kami naik feri semula balik butterworth. Time ni semua dah barai. Aiman dah kena cirit birit sebab makan byk sgt. hahaha. so guys, make sure ada bawak segala jenis pil ubat sakit perut.

Tiket komuter, butterworth >> pdg besar: RM12 (Hanya boleh beli di hari kejadian)

Image

Kami sampai padang besar pukul2.30pm. Alhamdulillah rezeki kami, sampai2 ja terus dapat beli tiket.

Tiket train pdg besar >> hatyai: RM5

Cop passport, tunggu org, tunggu train sampai, akhirnya kami dapat bertolak pukul6pm. Sampai hatyai pun pukul6pm. Hehe. Time travel.

Image

Check in hotel merridian, tengah2 bandar juga.

Approx, 1malam: RM70/sorang

Malam tu xda aktiviti sangat. Aiman dan Fatin, sakit perut yang amat. Mereka tidur. Dan kami yang lain berjalan2. Keluar masuk 7E. hahahah. Esok nye baru aktiviti sebenar di hatyai bermula.

To be honest. Hatyai tak ada tempat yang betul2 ‘wow’ utk pelancong datang tengok. Hatyai popular sebab dekat dgn malaysia. Makanan,bolelah.. tapi perut kami semua tak bole tahan.Last2, kami semua cirit birit hari kedua di sana. hahahaha,. perut melayu semua.

Hari 1st kami rent van (aircond), 1hari, bole pegi mana2 sahaja. Bayar: 1400 baht ~ RM160

Aktiviti di hatyai:

  1. Naik cable car khao thang kuan (banyak monyet)
  2. Jalan2 oldtown songkhla
  3. Honey bee farm
  4. Masjid Songkla
  5. Lee Garden
  6. Asian night market
Image

Hari kedua, kami rileks, santai2. Sebab energy semua org dah drain.

Massage, buat medi pedi, jalan2 smpai pejabat pos. Pastu sewa tuktuk ke floating market. Makan dan balik rehat.

Bayar: 100baht sorang ~ RM13

Image

Okay! Settle Hatyai! wuuhuuu!

Seawal 6.30am, kami pergi ke stesen ketapi utk ke Sg Kolok.

Tiket Hatyai >> Sg Kolok: 85baht ~ RM12

Duration train: 5jam Lebih kurang separuh pjlanan tu kami berdiri, sbb takda seat! Penuh! Nasib baik train jenis yang lama. Tingkap xda. Jd sejuk sikit. Sekarang, mana dapat dah suasana gini. huhuhuhu. Rindu masa ni!

Image

Sampai Sg Kolok, kami jalan kaki ke border dan sterusnya ke Rantau panjang. Dekat situ ada motor shja untuk ke rantau panjang, kena bayar RM10 sorang. Kami rasa mahal, dan mampu lg rasanya nak jalan.. duration berjalan dgn beg besar masing: 20min. Penat…..

Image

Dari rantau panjang, kami ambil van sapu, bayar RM60 utk sampai ke wakaf baru. Serius susah nak cari grab area situ. Pukul6.30pm, kami dapat naik train balik ke JB. Akhirnya! Naik train baring! Haha.

Tiket baring katil bawah, wakaf baru >> Kempas: RM55 (tiket katil atas lain harga ok)

Image

Pukul11am, alhamdulillah, kami selamat sampai di Kempas. Dengan muka hitam dan barai hahahaha

Image

Alhamdulillah untuk rezeki ini. hahaha. Ini antara trip yang bakal aku cerita dengan anak cucu aku suatu hari nanti. Hopefully, buat siapa siapa yang teringin buat trip begini lepas all this covid things, dipermudahkan. Inshaa Allah.

Terima kasih baca sampai habis!

F.R.I.E.N.D.S

Post kali ini santai.

Nak cerita pasal sahabat. Geng yang selalu ada susah senang, pahit manis, suka duka. Gituuu, hahaha.

Kalau orang yang kenal aku dari kecil, aku bukan jenis yang pandai berkawan. Muka masam selalu. Nerd. Kalau nak kenal orang, hulur tangan, then cakap, “Hi, nama saya Rozana. Awak?” hahaha.

Kalau ingat balik, sumpah kelakar dan agak memalukan. But yeah, that is life. We made mistakes, we learned. and I learned that, approach orang macam tu is not cool at all. Jaangan tiru cara ni hahahaha. Bolehh buat orang larii jauhhh. dan muncul presepsi, “aduh, skema juga budak ini” Haha.

Anywayyy, as time passed by, I did learned many tips to make friends (mostly through observation). So, aku dapatlah berkawan dan bergaul dengan ramai orang. yeay. haha.

But, bila dah makin dewasa, most of us tend to make the our circle small. Kita akan mula ‘pilih’ kawan rapat. Rapat disini means, member yang selalu kita lepak sama. Like spend the whole weekend together. Orang kata, pilih untuk elak drama and negativity. Bagi aku, nayyy. ramai orang akan ‘pilih’ kawan mereka berdasarkan keselesaan mereka. Setuju?

Yup, aku pun sama. Aku pun ‘pilih’ kawan lepak. Dan kawan lepak/ geng saya ada 9 orang, kadang kadang 10orang. Ramai kan? hahahaha. I have nick names for each one of them. (Previously, planned to describe each of them tapi nanti post panjang pulakk)., So, here we go:

1. The fanboy

2. The space out guy

3. Kak long

4. “Nak tanya, boleh?” Guy

5. The best listener (i am serious)

6. The counselors (pair)

7. Abang long

8. The ultimate crush

9. Mak

Maybe you know them, maybe you not. But, one thing you should know, they are angels in human form to me. They are my sibling from another parents. (Jangan salah faham, adik beradik kandung sentiasa dihati jua, 😌)

Geng ni takda la sentiasa gembira. Ada ja gaduh sana sini. Drama macam macam. Tapi tulah, sebab sayang persahabatan, kami selalu beranikan diri untuk confront dan berusaha selesaikan masalah tu. Yang paling penting, keep on motivate each other. Hehe.

Terima kasih, sahabat. Semoga segala kebaikkan kamu diganti dengan khabar khabar gembira di dunia dan akhirat. Amin.

Thanks for reading till the end. Sorry, next post I put more informative things yaa. Hahaha.

Gambar sekadar hiasan. (Throwback Surabaya)

Dean list? 4 FLAT?

Ramai orang kata aku ni bijak. Gifted. Otak cair. Reality is nope. Bagi aku, 4flat bukan mudah tapi tak mustahil. Dream big, work harder always. Never stop.

1. Macam mana nak dapat 4flat? First thing first, targetlah 4.00 (haha) Most people will said, awal awal memang lah boleh target 4, semua A nanti hujung sem mesti harap lulus ja. Haha. Yes indeed. Aku pun rasa benda tu tiap kali hujung sem. Sebab tu aku kata, never stop.

Okay, jangan salah tafsir. Target bukan semudah mudah kata, “okay. Sem ni aku nak dapat 4flat. Lepas tu tulis atas kertas.” A big NO. Cara aku, aku tak tulis kat mana mana, atau tulis sebesar besar alam dekat whiteboard atau mana mana dinding.

Simply, sebelum tidur, aku akan bayangkan result aku kluar semua A. (Indahnya saat itu, ya Allah.) Then aku start doa, “bagilah peluang dapat rasa keputusan secantik tu, ya Allah. Aku mau mak bapa aku gembira. Aku mau tunjuk, walau busy macam mana pun seorang muslim tu, dia boleh dapat 4flat. Please…” okay, kamu semua doalah macamana yang kamu mahu. Haha. Yang penting point dia sampai.

2. Jangan fikir mustahil sebab aku pernah dapat. 3 kali for the records.
Then mostly akan kata, “alaa.. jana lain. Dia bijak.” Jangan beralasan kalau nak berjaya. Kinda cliché tapi itulah kebenarannya.

Dulu 1st sem aku rasa mustahil juga. Then, aku tengok senior aku post di FB (29/12/2010 – time ni aku 1st year, baru abis 1st sem)

My idol is a Chinese guy (Hi, Lam! if you are reading this)

I was like, seriously???? 4flat? He must be genius like asdfghjkl. Lepas tengok dia post gitu, terus cuba jadi baik dengan dia. Hahaha. Nak tahu tips 4flat. Gila excited baca post dia. Berangan next sem tu pun mahu post mcam tu.

Point aku disini, sentiasa percaya dengan diri sendiri. Sentiasa pesan pada diri sendiri, boleh. Tak ada yang mustahil. Even, Impossible itself can be I’m possible. Ok, cliché lagi. Sorry.

Percaya atau tak, setiap sem aku akan pesan pada diri aku, “Jana, 4flat lagi ya sem ni”. Kenapa terus 4flat. Kenapa bukan target dekan dulu? Cakap senanglah, tapi subjek setiap sem makin susah.

Sebab utama aku, kalau tak dapat 4flat, inshaAllah, akan dapat kurang sikit dari 4.00, haha. It works, folks. Paling rendah aku dapat 3.63 (still dekan at least).

3. Okay, enough dengan matlamat. Now, aku kasi tips part time management pula. Bila cerita pasal benda ni, ia sangat berkait rapat dengan how to study smart.

Part ni yang susah sikit nak kasi tips sebabnya tiap orang cara study tak sama. Ada orang suka study dalam keadaaan stress. Tunggu lasttt miniiit baru bole masuk. Ada orang suka study dalam keadaan tenang. Subuh subuh, waktu tengah malam baru bole fokus. Okay. Tak kesah cara macamana pun. Tapi make sure you know yourself.

Problem dia bila kau sendiri tak tahu kau belajar paling efektif bila. Then ikut ikut style orang lain yang sebenarnya tak sesuai dengan diri sendiri. Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau tak, please. Get to know your own way. Fast!

4. Pernah dengar tak, baik belajar 1jam dan fokus daripada belajar 10jam tapi tak fokus fokus. Sebab tulah aku suruh kamu cari cara kamu sendiri. Kalau dah tahu waktu yang paling efektif, dah tak perlu dah belajar 10jam. Haha. Trust me. Belajar 1-3jam pun dah cukup.

“tapi jana, macamana mahu fokus kalau tak paham?” – soalan yang selalu orang tanya.
So how?

Jawapan dia mudah. Kenapa kau tak paham? Sebab kau tak pandai? Kalau tu jawapannya, maksudnya kau memang sah pemalas. Haha. Mana ada orang pandai secara tiba tiba (kecuali yang betul betul gifted itupun 1 dalam beribu ribu orang). Eh, baby pun keluar keluar mana pandai belari terus. Sorry termerepek.

Jadi, sekarang ni, soalan dia macam mana nak paham? Well, selalu orang akan cakap, fokus dalam kelas lah! Hehe… macamana kalau dah fokus sangat sangat ni tapi tak paham paham juga. Dah memang bodoh sangat ke sebenarnya? Hahaha

Tidak kawan kawan. Bukannya tak pandai tapi kurang usaha sebenarnya. Cara nak paham apa yang lecturer ajar mudah ja. Sehari atau malam sebelum nak kelas, be prepared. It looks lame and easy but seriously, kalau tak buat, sangat sangat sangat rugi.

Minggu pertama kelas, lecturer mesti akan beri guideline untuk sepanjang sem bukan? Itu bukan saja saja kasi tanpa ada sebab. Tapi mostly student akan buang semua guideline tu kan? Hahaha. Sayangnya. Guideline tu kau boleh tengok, okay. Minggu pertama belajar apa. Jadi malam tu buka dulu. Belek belek. Not necessary kena paham semua. Tak. Just belek. Supaya, kau tak blur. Kau dah tahu sedikit apa yang lecturer akan cakap.
Bila dah tak blur, senang lah nak fokus. Bila dah fokus, dapatlah paham! Kan?

5. “Subjek ni susah. Ramai orang failed. Aku ni lagilah. Mesti susah nak dapat A. harap lulus ja la.”

Kalau aku dengar ayat macam di atas ni, dalam hati aku gelak ja. Yang bestnya, kalau tak start lagi belajar tapi dah cakap macamtu. Haha. You know, everything that you said is Du’a. Be careful, what if malaikat pass by and said amin. You’ll be in trouble. For sure.

Kita tak tahu apa yang kita capable. Susah susah subjek tu pun, ada yang dapat A juga. Then, mesti ada yang kata, “memanglah, dia pandai, tu dapat A”. Kalau masih cakap macam ni, means kau masih pemalas. Tak perlu aku explain panjang panjang. Kau mesti dah dapat point aku yang ke5 ni.

6. Please. Jangan sekali kali kutuk lecturer walau dia ajar bosan tahap petala kelapan. Each one of you must know that kutuk pensyarah, you’ll get tulah. Really guys. Don’t. Ever. Tanya lah sesiapa pun yang kutuk lecturer, confirm, result dia teruk. Lagi lagi yang bergaduh dengan lecturer. Haha. Pensayarah ni ada kuasa la aku rasa.

Rajin kan diri jumpa lecturer. Tak paham, contact mereka. Tanya. Dulu, kecik kecik, boleh ja pegi tanya cikgu kalau tak paham. Kenapa sekarang tidak? Ego kan. Satu lagi, yeah maybe sebab busy. Ada ja benda yang nak buat waktu waktu takda kelas. Nak settlekan pogram itulah inilah.

Waktu aku 2nd sem, 2nd year, aku jadi pengarah pogram educational trip dan timbalan pengarah kelab smart camp. Time tu memang gila bapak busy nak mampus. Sem tu juga ada subjek killer (orang cakaplah), EMT. Tapi aku boleh dapat 4flat juga masa tu. HOW?

Result sem 2 tahun 2

Aku dah tahu sem tu memang akan jadi hell buat aku, jadi aku pun macam gila lah study. At the same time aku active club. Never miss even a single program. Time orang tidur, aku bangun study. Time orang pegi makan, aku masih study. Tapi time orang bersuka ria aku ikut sekali. Haha. Why so serious.

7. Tips yang paling penting, past years + assignment questions. Pegi jawab dan jangan tiru babi buta assignment kalau pun tak sempat nak buat. Anddddd.. jangan buat assignment sensorang. Sebab nya, nanti kau syok sendiri plus kau boleh jimat masa. Cepat sikit assignment kau siap.

Kalau pun tak sempat sangat dan terpaksa tiru tanpa review, make sure, bila ada masa, kau cari balik assignment tu dan try buat semula and study assignment tu.

I tell you guys. Most exam/test question datang dari past year and assignment. So rugilah kalau kau tak gunakan semua tu. Ni kalau kau tak belajar and kau buat semua past years pun bole skor (orang kata). Yup. Boleh. Tapi lulus ja la kot. Sekarang ni aku nak kasi tips 4flat bukan cukup cukup makan.
So, ikutlah nak follow mana satu.

8. Bila kau da paham sesuatu, be proactive, ajar kawan kawan lain. Well, ni mesti semua dah tahu. Lagi banyak kau ajar, lagi banyak ilmu kau dapat.

Just one thing. Jangan tolong orang yang minta ajar malam sebelum exam. Most of them nak mempergunakan kau jek. Pernah berada dalam sistuasi, “kau ajar dia. Esok bila keluar result, dia dapat lagi tinggi markahnya dari kau.” Panas hati tak? Hahaha.

Usually, aku akan kurung diri kalau esok nak exam. Malas nak di ganggu. Aku dah pesan dengan kawan kawan aku kalau nak tanya soalan, minta ajar at least sehari sebelum. Kalau tak aku tak kan layan. Biasa malam tu aku akan jadi garang gila. Senyum pun tak mau. Serious. No kidding.

9. Ada juga yang tanya, “macamana kalau tak boleh lawan rasa mengantuk, memang sejak azali, pemalas”. Hahaha. Aku ada kawan yang memang macam tu, kuat sangat tidur. Kadang kadang aku rasa dia ni baby sebenarnya. Kena tidur 15jam sehari.

Kalau macam kawan aku tu, aku rasa simpati sangat. Tu memang tak dapat nak bantu. Maybe kau kena makan supplement supaya kurang tidur. I am not sure. Tapi buat yang boleh tidur normal seperti manusia biasa, and mengada ngada malas. Just bayangkan result kau nanti. Haha. Scary tak.

Kau nak tak result kau dapat C? C+? C-? D+? ataaauuu G? gagal. Kalau tak nak, seriously. Push yourself. Bangun! Pegi study waktu masa masa terluang! Kan aku dah cakap, kau fikir aku bijak? Tak. Ini lah rahsia aku. Pushing myself to the limit. But don’t get sick. Please. Go have some fun. Release tension.

10. Panjang lebar dah ni. Last sekali. Tawakkal dan redha apa ja yang Allah beri. Kalau test kamu tak perform lagi, jangan risau. Ada exam lagi. Kalau exam dah rasa macam tak dapat jawab juga lepas kau dah usaha (lagi lagi kalau dah ikut semua tips aku, haha), sabar.

Kena yakin yang Allah melihat pada usaha bukan hasilnya. Yakin yang setiap usaha kau akan dibalas. Sandarkan semua kepada Allah. Nampak senang. Tapi jarang yang praktikskan. Rasa tak adil bila tak dapat A padahal dah study macam nak mati.

Percaya Allah itu maha adil. Setiap hambaNya dah ditetapkan rezeki masing masing. Cepat atau lambat. Hanya perlu sabar dan redha.

Aku doakan semua yang baca ni terus bersemangat sampai dapat scroll ijazah. Cuma satu yang aku nak pesan. Kejayaan di dunia ni hanya sementara, kegembiraan yang sementara, hebatnya seseorang bukan pada keputusan ijazahnya.

Tapi.. dengan keputusan yang hebat tu lah akan membuat kan orang yang belum islam memandang tinggi pada umat islam. Hebat dari segi akademik, hebat dari akhlak, hebat dari aktifnya dia di U.

Keputusan hebat tu juga lah yang boleh mengalirkan air mata parents kita yang susah payah mencari duit untuk beri peluang kita rasa selesa di UTM ni. Sampai ada kawan aku, parents dia frame sijil dekan dia sebab terasa sangat terharu, anaknya belajar bersungguh sungguh.

InshaAllah, kalau kita yakin kita boleh, takkan ada lagi perkataan ‘mustahil’ dalam hidup kita. Alhamdulillah. Aku grad dengan 1st class (dapat anugerah kecemerlangan Malakoff), 3kali 4flat, sentiasa dean list.

Thanks for reading