Train To Hatyai

Okay, saja nak share pasal train trips round 1 malaysia (lebih kurang) kitorang 3tahun lepas 22 Dec 18 ~ 31 Dec 18 (lamaa gilaa simpan cerita ni hahaha, bajet2 new year celebration lah time tu, haha). Tahun 2018, sebelum Covid’19, waktu semua orang boleh bersesak, pergi kemana saja tanpa rasa nervous atau takut.

JB >> Ipoh >> Butterworth >> Padang besar >> Hatyai >> Sg Kolok >> Wakaf bahru >> JB

Yang join trip ni, total 5orang. Time ni masing masing single belaka dan bekerja semuanya. Like, I am free, I can go anywhere I want. hahahaha. Sekarang, ada yang dah selamat berkahwin, bertunang, gituu. No further comment. hahaha.

Okaylah. Nak kabo yang total trip kitorang selama 8hari. Em, total bajet: RM1067 seorang (lebih kurang)

Image

So, kitorang start naik train dari Kempas >> Gemas (transit) >> Ipoh

Harga tiket train Kempas >> Gemas: RM21

Tiket train Gemas >> Ipoh: RM59

Di Malaysia, train adalah public transport yangg paling punctual. Kau lambat seminit, kau tinggal. Dan train selesa. Serius.

Image

Sampai Ipoh pukul 8.15pm. Aiman terus pegi kaunter tiket utk beli tiket Ipoh ke butterworth. Malangnya.. tiket habis…..Katanya sebab weekend mmg selalu sold out 😦

Jadi Aiman buat plan B, iaitu naik bas. Harga tiket bas: RM20 Memang jauh lg murah. Kalau tiket train: RM42

Okay, takpa. Kami redha. Pergi makan dan check in homestay di Gopeng. Good view Homestay: RM200/malam Awal pagi, kami gerak p Radak Adventure oficce untuk aktiviti water rafting.

Water rafting: RM150 sorang (termasuk makanan dan semua fasiliti di kem)

Image

Habis water rafting dalam pukul1pm, solat, makan, mandi dekat kem tu then terus gerak ke Gaharu Tea Valley. Oh ya, kami rent car sehari, Viva: RM100 Tiket utk pusing pusing Ladang Gaharu: RM10 seorang Duration: 45minit Best untuk just chilling sambil tengok view.

Image

Pukul6.30pm naik bas, sampai butterworth dalam pukul8pm++ (tak ingat). Terus berlari ke jeti utk naik feri. Sebnarnya boleh ja naik bas turun dekat sg nibong(di pulau). Tapi saja. Nak naik feri juga. Hahaha

Tiket feri: RM6/orang (pegi balik) *Tiada gambar atas feri sebab penat*

Sampai butterworth, kami naik Grab ke hotel.

Hotel malabar Inn: RM70/mlm/org (lebih kurang)

Kami stay penang 3malam. Actually harga hotel ni kami dapat murah, sebab Fatin order guna airbnb, ada diskaun lagi. Total bajet hotel kami spjang trip: RM309 seorang (lepas diskaun)

Sampai ja, kami terus jalan kaki ke padang kota lama. Ambil angin pulau, malam2. Lalu pub2 tepi jalan (seram). Hotel kami mmg tengah2 bandar, area transfer road, jadi kemana mana boleh jalan kaki. No hal lah. Plus, bangunan penang kan mmg cantikk dan style..

Image

So, maklamat di penang utk 3hari 3malam:

1. Beratuq makan dan repeat (well, penang dan beratur berpisah tiada, duluuu lahhh)

  • nasi kandar Deen Maju
  • cendol viral
  • nasi kandar beratur
  • nasi kandar hameediyah
  • nasi millani kapitan
  • pasemboq
  • kuih serabai

Banyaaak lagi, tapi tak laratt nak beratur haha. Oh waktu di Penang, kami lepak dengan kawan kawan lain juga. Aris, Hariz dan Safwan. dan Jazlyn (tapi tiada dalam gambar).

Image

2. Naik bukit bendera. Waktu serius nightmare weh. cuti sekolah. krismas. semua manusia wujud,. dahsyat betul sesak dia. huhuhu. Kami dah beli tiket online. RM10 seorang. Tapi still kena baris utk redeem.

Tunggu utk masuk, 2jam.

Masuk & baris nak naik cable car, 45min.

Dlm cable car, 45min.

Sampai atas ja, tengok org beratur nak turun. Perh perh perh. Serius rasa nak bermalam ja dekat atas tu. sumpah ramai! Tapi xpa, kami rileks, ambil2 gambar. Makan smpai pukul7pm. Tiba2 hujan lebat selebat2nya. Dan blackout. Semua pun berpusu2 nak turun. Orang gaduh sana sini. mampus.

Dan akhirnya, kami decide utk tambah RM20, upgrade tiket jadi fast lane. Sejam kemudian kami berjaya turun. Kemudian balik hotel naik bas rapid. Tak ambil gambar banyak dekat atas, sebab tension. hahaha

Image

3. Ambil gambar/ tengok view di Kek Lok Si Kami naik grab dari bandar ke kek lok si.

Harga tiket incline cable car (untuk naik sampai puncak): RM2/ sorang

Semua tenang dan gembira sampailah nak balik.. grab susah nak dapat kat atas. last2 kami jalan kaki turun.

Image

4. Target nak p semua muzium yang ada. Tapi last2 dapat pegi rumah P Ramlee.

Muzium: free entry

Image

Then, kami naik feri semula balik butterworth. Time ni semua dah barai. Aiman dah kena cirit birit sebab makan byk sgt. hahaha. so guys, make sure ada bawak segala jenis pil ubat sakit perut.

Tiket komuter, butterworth >> pdg besar: RM12 (Hanya boleh beli di hari kejadian)

Image

Kami sampai padang besar pukul2.30pm. Alhamdulillah rezeki kami, sampai2 ja terus dapat beli tiket.

Tiket train pdg besar >> hatyai: RM5

Cop passport, tunggu org, tunggu train sampai, akhirnya kami dapat bertolak pukul6pm. Sampai hatyai pun pukul6pm. Hehe. Time travel.

Image

Check in hotel merridian, tengah2 bandar juga.

Approx, 1malam: RM70/sorang

Malam tu xda aktiviti sangat. Aiman dan Fatin, sakit perut yang amat. Mereka tidur. Dan kami yang lain berjalan2. Keluar masuk 7E. hahahah. Esok nye baru aktiviti sebenar di hatyai bermula.

To be honest. Hatyai tak ada tempat yang betul2 ‘wow’ utk pelancong datang tengok. Hatyai popular sebab dekat dgn malaysia. Makanan,bolelah.. tapi perut kami semua tak bole tahan.Last2, kami semua cirit birit hari kedua di sana. hahahaha,. perut melayu semua.

Hari 1st kami rent van (aircond), 1hari, bole pegi mana2 sahaja. Bayar: 1400 baht ~ RM160

Aktiviti di hatyai:

  1. Naik cable car khao thang kuan (banyak monyet)
  2. Jalan2 oldtown songkhla
  3. Honey bee farm
  4. Masjid Songkla
  5. Lee Garden
  6. Asian night market
Image

Hari kedua, kami rileks, santai2. Sebab energy semua org dah drain.

Massage, buat medi pedi, jalan2 smpai pejabat pos. Pastu sewa tuktuk ke floating market. Makan dan balik rehat.

Bayar: 100baht sorang ~ RM13

Image

Okay! Settle Hatyai! wuuhuuu!

Seawal 6.30am, kami pergi ke stesen ketapi utk ke Sg Kolok.

Tiket Hatyai >> Sg Kolok: 85baht ~ RM12

Duration train: 5jam Lebih kurang separuh pjlanan tu kami berdiri, sbb takda seat! Penuh! Nasib baik train jenis yang lama. Tingkap xda. Jd sejuk sikit. Sekarang, mana dapat dah suasana gini. huhuhuhu. Rindu masa ni!

Image

Sampai Sg Kolok, kami jalan kaki ke border dan sterusnya ke Rantau panjang. Dekat situ ada motor shja untuk ke rantau panjang, kena bayar RM10 sorang. Kami rasa mahal, dan mampu lg rasanya nak jalan.. duration berjalan dgn beg besar masing: 20min. Penat…..

Image

Dari rantau panjang, kami ambil van sapu, bayar RM60 utk sampai ke wakaf baru. Serius susah nak cari grab area situ. Pukul6.30pm, kami dapat naik train balik ke JB. Akhirnya! Naik train baring! Haha.

Tiket baring katil bawah, wakaf baru >> Kempas: RM55 (tiket katil atas lain harga ok)

Image

Pukul11am, alhamdulillah, kami selamat sampai di Kempas. Dengan muka hitam dan barai hahahaha

Image

Alhamdulillah untuk rezeki ini. hahaha. Ini antara trip yang bakal aku cerita dengan anak cucu aku suatu hari nanti. Hopefully, buat siapa siapa yang teringin buat trip begini lepas all this covid things, dipermudahkan. Inshaa Allah.

Terima kasih baca sampai habis!