Dean list? 4 FLAT?

Ramai orang kata aku ni bijak. Gifted. Otak cair. Reality is nope. Bagi aku, 4flat bukan mudah tapi tak mustahil. Dream big, work harder always. Never stop.

1. Macam mana nak dapat 4flat? First thing first, targetlah 4.00 (haha) Most people will said, awal awal memang lah boleh target 4, semua A nanti hujung sem mesti harap lulus ja. Haha. Yes indeed. Aku pun rasa benda tu tiap kali hujung sem. Sebab tu aku kata, never stop.

Okay, jangan salah tafsir. Target bukan semudah mudah kata, “okay. Sem ni aku nak dapat 4flat. Lepas tu tulis atas kertas.” A big NO. Cara aku, aku tak tulis kat mana mana, atau tulis sebesar besar alam dekat whiteboard atau mana mana dinding.

Simply, sebelum tidur, aku akan bayangkan result aku kluar semua A. (Indahnya saat itu, ya Allah.) Then aku start doa, “bagilah peluang dapat rasa keputusan secantik tu, ya Allah. Aku mau mak bapa aku gembira. Aku mau tunjuk, walau busy macam mana pun seorang muslim tu, dia boleh dapat 4flat. Please…” okay, kamu semua doalah macamana yang kamu mahu. Haha. Yang penting point dia sampai.

2. Jangan fikir mustahil sebab aku pernah dapat. 3 kali for the records.
Then mostly akan kata, “alaa.. jana lain. Dia bijak.” Jangan beralasan kalau nak berjaya. Kinda cliché tapi itulah kebenarannya.

Dulu 1st sem aku rasa mustahil juga. Then, aku tengok senior aku post di FB (29/12/2010 – time ni aku 1st year, baru abis 1st sem)

My idol is a Chinese guy (Hi, Lam! if you are reading this)

I was like, seriously???? 4flat? He must be genius like asdfghjkl. Lepas tengok dia post gitu, terus cuba jadi baik dengan dia. Hahaha. Nak tahu tips 4flat. Gila excited baca post dia. Berangan next sem tu pun mahu post mcam tu.

Point aku disini, sentiasa percaya dengan diri sendiri. Sentiasa pesan pada diri sendiri, boleh. Tak ada yang mustahil. Even, Impossible itself can be I’m possible. Ok, cliché lagi. Sorry.

Percaya atau tak, setiap sem aku akan pesan pada diri aku, “Jana, 4flat lagi ya sem ni”. Kenapa terus 4flat. Kenapa bukan target dekan dulu? Cakap senanglah, tapi subjek setiap sem makin susah.

Sebab utama aku, kalau tak dapat 4flat, inshaAllah, akan dapat kurang sikit dari 4.00, haha. It works, folks. Paling rendah aku dapat 3.63 (still dekan at least).

3. Okay, enough dengan matlamat. Now, aku kasi tips part time management pula. Bila cerita pasal benda ni, ia sangat berkait rapat dengan how to study smart.

Part ni yang susah sikit nak kasi tips sebabnya tiap orang cara study tak sama. Ada orang suka study dalam keadaaan stress. Tunggu lasttt miniiit baru bole masuk. Ada orang suka study dalam keadaan tenang. Subuh subuh, waktu tengah malam baru bole fokus. Okay. Tak kesah cara macamana pun. Tapi make sure you know yourself.

Problem dia bila kau sendiri tak tahu kau belajar paling efektif bila. Then ikut ikut style orang lain yang sebenarnya tak sesuai dengan diri sendiri. Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau tak, please. Get to know your own way. Fast!

4. Pernah dengar tak, baik belajar 1jam dan fokus daripada belajar 10jam tapi tak fokus fokus. Sebab tulah aku suruh kamu cari cara kamu sendiri. Kalau dah tahu waktu yang paling efektif, dah tak perlu dah belajar 10jam. Haha. Trust me. Belajar 1-3jam pun dah cukup.

“tapi jana, macamana mahu fokus kalau tak paham?” – soalan yang selalu orang tanya.
So how?

Jawapan dia mudah. Kenapa kau tak paham? Sebab kau tak pandai? Kalau tu jawapannya, maksudnya kau memang sah pemalas. Haha. Mana ada orang pandai secara tiba tiba (kecuali yang betul betul gifted itupun 1 dalam beribu ribu orang). Eh, baby pun keluar keluar mana pandai belari terus. Sorry termerepek.

Jadi, sekarang ni, soalan dia macam mana nak paham? Well, selalu orang akan cakap, fokus dalam kelas lah! Hehe… macamana kalau dah fokus sangat sangat ni tapi tak paham paham juga. Dah memang bodoh sangat ke sebenarnya? Hahaha

Tidak kawan kawan. Bukannya tak pandai tapi kurang usaha sebenarnya. Cara nak paham apa yang lecturer ajar mudah ja. Sehari atau malam sebelum nak kelas, be prepared. It looks lame and easy but seriously, kalau tak buat, sangat sangat sangat rugi.

Minggu pertama kelas, lecturer mesti akan beri guideline untuk sepanjang sem bukan? Itu bukan saja saja kasi tanpa ada sebab. Tapi mostly student akan buang semua guideline tu kan? Hahaha. Sayangnya. Guideline tu kau boleh tengok, okay. Minggu pertama belajar apa. Jadi malam tu buka dulu. Belek belek. Not necessary kena paham semua. Tak. Just belek. Supaya, kau tak blur. Kau dah tahu sedikit apa yang lecturer akan cakap.
Bila dah tak blur, senang lah nak fokus. Bila dah fokus, dapatlah paham! Kan?

5. “Subjek ni susah. Ramai orang failed. Aku ni lagilah. Mesti susah nak dapat A. harap lulus ja la.”

Kalau aku dengar ayat macam di atas ni, dalam hati aku gelak ja. Yang bestnya, kalau tak start lagi belajar tapi dah cakap macamtu. Haha. You know, everything that you said is Du’a. Be careful, what if malaikat pass by and said amin. You’ll be in trouble. For sure.

Kita tak tahu apa yang kita capable. Susah susah subjek tu pun, ada yang dapat A juga. Then, mesti ada yang kata, “memanglah, dia pandai, tu dapat A”. Kalau masih cakap macam ni, means kau masih pemalas. Tak perlu aku explain panjang panjang. Kau mesti dah dapat point aku yang ke5 ni.

6. Please. Jangan sekali kali kutuk lecturer walau dia ajar bosan tahap petala kelapan. Each one of you must know that kutuk pensyarah, you’ll get tulah. Really guys. Don’t. Ever. Tanya lah sesiapa pun yang kutuk lecturer, confirm, result dia teruk. Lagi lagi yang bergaduh dengan lecturer. Haha. Pensayarah ni ada kuasa la aku rasa.

Rajin kan diri jumpa lecturer. Tak paham, contact mereka. Tanya. Dulu, kecik kecik, boleh ja pegi tanya cikgu kalau tak paham. Kenapa sekarang tidak? Ego kan. Satu lagi, yeah maybe sebab busy. Ada ja benda yang nak buat waktu waktu takda kelas. Nak settlekan pogram itulah inilah.

Waktu aku 2nd sem, 2nd year, aku jadi pengarah pogram educational trip dan timbalan pengarah kelab smart camp. Time tu memang gila bapak busy nak mampus. Sem tu juga ada subjek killer (orang cakaplah), EMT. Tapi aku boleh dapat 4flat juga masa tu. HOW?

Result sem 2 tahun 2

Aku dah tahu sem tu memang akan jadi hell buat aku, jadi aku pun macam gila lah study. At the same time aku active club. Never miss even a single program. Time orang tidur, aku bangun study. Time orang pegi makan, aku masih study. Tapi time orang bersuka ria aku ikut sekali. Haha. Why so serious.

7. Tips yang paling penting, past years + assignment questions. Pegi jawab dan jangan tiru babi buta assignment kalau pun tak sempat nak buat. Anddddd.. jangan buat assignment sensorang. Sebab nya, nanti kau syok sendiri plus kau boleh jimat masa. Cepat sikit assignment kau siap.

Kalau pun tak sempat sangat dan terpaksa tiru tanpa review, make sure, bila ada masa, kau cari balik assignment tu dan try buat semula and study assignment tu.

I tell you guys. Most exam/test question datang dari past year and assignment. So rugilah kalau kau tak gunakan semua tu. Ni kalau kau tak belajar and kau buat semua past years pun bole skor (orang kata). Yup. Boleh. Tapi lulus ja la kot. Sekarang ni aku nak kasi tips 4flat bukan cukup cukup makan.
So, ikutlah nak follow mana satu.

8. Bila kau da paham sesuatu, be proactive, ajar kawan kawan lain. Well, ni mesti semua dah tahu. Lagi banyak kau ajar, lagi banyak ilmu kau dapat.

Just one thing. Jangan tolong orang yang minta ajar malam sebelum exam. Most of them nak mempergunakan kau jek. Pernah berada dalam sistuasi, “kau ajar dia. Esok bila keluar result, dia dapat lagi tinggi markahnya dari kau.” Panas hati tak? Hahaha.

Usually, aku akan kurung diri kalau esok nak exam. Malas nak di ganggu. Aku dah pesan dengan kawan kawan aku kalau nak tanya soalan, minta ajar at least sehari sebelum. Kalau tak aku tak kan layan. Biasa malam tu aku akan jadi garang gila. Senyum pun tak mau. Serious. No kidding.

9. Ada juga yang tanya, “macamana kalau tak boleh lawan rasa mengantuk, memang sejak azali, pemalas”. Hahaha. Aku ada kawan yang memang macam tu, kuat sangat tidur. Kadang kadang aku rasa dia ni baby sebenarnya. Kena tidur 15jam sehari.

Kalau macam kawan aku tu, aku rasa simpati sangat. Tu memang tak dapat nak bantu. Maybe kau kena makan supplement supaya kurang tidur. I am not sure. Tapi buat yang boleh tidur normal seperti manusia biasa, and mengada ngada malas. Just bayangkan result kau nanti. Haha. Scary tak.

Kau nak tak result kau dapat C? C+? C-? D+? ataaauuu G? gagal. Kalau tak nak, seriously. Push yourself. Bangun! Pegi study waktu masa masa terluang! Kan aku dah cakap, kau fikir aku bijak? Tak. Ini lah rahsia aku. Pushing myself to the limit. But don’t get sick. Please. Go have some fun. Release tension.

10. Panjang lebar dah ni. Last sekali. Tawakkal dan redha apa ja yang Allah beri. Kalau test kamu tak perform lagi, jangan risau. Ada exam lagi. Kalau exam dah rasa macam tak dapat jawab juga lepas kau dah usaha (lagi lagi kalau dah ikut semua tips aku, haha), sabar.

Kena yakin yang Allah melihat pada usaha bukan hasilnya. Yakin yang setiap usaha kau akan dibalas. Sandarkan semua kepada Allah. Nampak senang. Tapi jarang yang praktikskan. Rasa tak adil bila tak dapat A padahal dah study macam nak mati.

Percaya Allah itu maha adil. Setiap hambaNya dah ditetapkan rezeki masing masing. Cepat atau lambat. Hanya perlu sabar dan redha.

Aku doakan semua yang baca ni terus bersemangat sampai dapat scroll ijazah. Cuma satu yang aku nak pesan. Kejayaan di dunia ni hanya sementara, kegembiraan yang sementara, hebatnya seseorang bukan pada keputusan ijazahnya.

Tapi.. dengan keputusan yang hebat tu lah akan membuat kan orang yang belum islam memandang tinggi pada umat islam. Hebat dari segi akademik, hebat dari akhlak, hebat dari aktifnya dia di U.

Keputusan hebat tu juga lah yang boleh mengalirkan air mata parents kita yang susah payah mencari duit untuk beri peluang kita rasa selesa di UTM ni. Sampai ada kawan aku, parents dia frame sijil dekan dia sebab terasa sangat terharu, anaknya belajar bersungguh sungguh.

InshaAllah, kalau kita yakin kita boleh, takkan ada lagi perkataan ‘mustahil’ dalam hidup kita. Alhamdulillah. Aku grad dengan 1st class (dapat anugerah kecemerlangan Malakoff), 3kali 4flat, sentiasa dean list.

Thanks for reading

2 thoughts on “Dean list? 4 FLAT?

Leave a reply to rozana Cancel reply